Thursday 7 March 2019

KEM SEMPENA CUTI SEKOLAH

*KEM SEMPENA CUTI SEKOLAH MAC 2019, KEM ANAK SOLEH 3 (KEMAS 3.0) :*

Ayuh kemaskan diri anak anda pada sudut sahsiah dan akhlak, rohani dan jasmani agar menjadi anak yang lebih bererti...

_*Latar belakang kem adalah seperti berikut :*_
NAMA KEM : Kem Anak Soleh Kali Ke-3 (KEMAS 3.0)
TARIKH : 24 - 26 Mac 2019
HARI : Ahad - Selasa (3H2M)
MASA DAFTAR : Ahad 3.0O ptg.
TEMPAT : Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, 45800 Jeram, Selangor.
www.ksccjeram.com
www.facebook.com/kscc.jeram

SASARAN : Remaja berumur 7 - 17 tahun. (Lelaki & Perempuan) seramai *80 orang sahaja.*
YURAN : *Seorang RM 100.00 sahaja. Sekiranya berkumpulan lebih dari 3 orang RM 80.00 setiap seorang !*
ANJURAN : SAFC Training & Consultant

_*Antara objektif kem ialah :*_
1. Memberi pendedahan terbaik kepada para peserta tentang pengisian cuti sekolah ini dengan program yang lebih bermanfaat untuk keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) anak-anak remaja.
2. Memastikan jatidiri peserta sebagai remaja Melayu Islam tidak terhakis dengan ancaman pelbagai 'biah maksiat' di sekeliling mereka.
3. Memberikan bimbingan kepada para peserta bagaimana hendak menjadi Remaja Soleh / Solehah dambaan ibu bapa / penjaga semua.

_*Pengisian Kem :*_
1) Tahsin dan tadarrus Al-Quran surah-surah pilihan.
2) Ceramah Rohani, Kuliyyah, Tazkirah, LDK, Pidato, Forum Remaja Soleh, Drama dll...
3) Qiamullail & Dhuha Perdana.
4) Riadhah Robic, Yoyo Cart, Volley Ball, Futsal & Archery (Memanah As-Sunnah)

_*Pendaftaran Penyertaan :*_
1. Pendaftaran dibuka dari sekarang hingga hari pendaftaran masuk / Ahad  (24.03.2019)
2. Tuliskan *DAFTAR KEMAS 3.0 NAMA PENUH* dan *UMUR* anak anda melalui Whatsapp @ SMS Office 0194814845 / 0125474845 / En Akmal 0132797622 / Cik Nabilah 01114771042 / Ustaz Hj Kamil (Ust. Kay) 0192319872
3. Yuran pendaftaran peserta boleh dibayar secara bank in @ transfer ke akaun CIMB ISLAMIC : *SAFC TRAINING & CONSULTANT 8600732856*

#Sila snap resit pembayaran @ photoshoot bukti pembayaran dan hantarkan kepada kami. Sila bawa resit pembayaran semasa hari pendaftaran masuk kem.

*MOHON SEBARKAN, JIKA ANAK ORANG LAIN JOIN KEM INI KERANA SEBARAN DARI ANDA, SETIAP PERKARA BAIK YG ANAK ITU LAKUKAN DALAM KEM INI SEPERTI SOLAT BERJEMAAH, MEMBACA AL-QURAN, DUDUK DALAM MAJLIS ILMU...PASTINYA ANDA JUGA AKAN DAPAT TEMPIAS SAHAM PAHALANYA, INSYA ALLAH !*


No comments:

Post a Comment