Sunday 24 March 2019

JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATUL URUS

Assalammualaikum w.b.t
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Dengan penuh rasa kesyukuran dan dengan segala hormatnya kami,

*HAJI KAMIL BIN HAJI SIDEK (Ust. Kay) Dan HAJJAH ZARIDAH BT HJ ABU*

Dengan berbesar hati untuk menjemput Dato Seri/Datin Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sekeluarga ke majlis perkahwinan puteri kami,

*NUR ZAFEERAH BT HAJI KAMIL*
Dengan pasangannya
*MOHAMAD FIKRI BIN MOHAMMAD KHAIRONI*

Pada hari *: SABTU*
*30 HB MAC, 2019*
⏰ *11.00 pg.☀️ - 10.00 mlm.* 🌘
🏠 *Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC),*
*Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli,*
*Kg. Bukit Hijau,*
*45800 Jeram, Selangor.*
*www.ksccjeram.com*
*www.facebook.com/kscc.jeram*

*Tentatif Majlis Walimatul Urus :*
09.00 pagi
- Ketibaan rombongan pengantin lelaki
10.00 pagi
- Majlis akad nikah
11.00 pagi
- Ketibaan TETAMU JEMPUTAN
- Doa Kesyukuran
11.15 pagi
- Bacaan Ayat Suci Al-Quran Maahad Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyid (MTAAR)
- Persembahan Maulid & Qasidah
- Tausiyah AlFadhil Ust Khairul Nizam (Mudir MTAAR)
- Solat Zohor (surau ada disediakan di Pondok Balai Ilmu di sebelah Dewan Majlis)

02.00 ptg
- Tausiyah Tuan Guru Syeikh Hazri Hashim Al-Bindany dihadapan pengantin
02.00 ptg - 10.00 mlm.
- Jamuan diteruskan
- _*NOTA : Pelamin ada disediakan bukan untuk bersanding tapi untuk ambil gambar kenangan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin dan ibu bapa yang hadir.*_

Nombor Telefon 📲:
Ust. Kay *0192319872*
Ustzh. Zaridah *0193374841*
Office KSCC ☎️: *0194814845/ 0125474845*
 
Semoga dengan kehadiran semua, dapat menyerikan lagi majlis kami, menambah keberkatan dan redha Allah. Mohon doa agar masjid yang akan dibina sentiasa dalam redha-Nya, dilimpahi dengan sakinah mawaddah dan rahmat Allah SWT sehingga akhir hayat.

_*“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis kenduri perkahwinan (walimatul ‘urus), hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1429)*_

Terima Kasih ❤️❤️❤️

Thursday 7 March 2019

KEM SEMPENA CUTI SEKOLAH

*KEM SEMPENA CUTI SEKOLAH MAC 2019, KEM ANAK SOLEH 3 (KEMAS 3.0) :*

Ayuh kemaskan diri anak anda pada sudut sahsiah dan akhlak, rohani dan jasmani agar menjadi anak yang lebih bererti...

_*Latar belakang kem adalah seperti berikut :*_
NAMA KEM : Kem Anak Soleh Kali Ke-3 (KEMAS 3.0)
TARIKH : 24 - 26 Mac 2019
HARI : Ahad - Selasa (3H2M)
MASA DAFTAR : Ahad 3.0O ptg.
TEMPAT : Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, 45800 Jeram, Selangor.
www.ksccjeram.com
www.facebook.com/kscc.jeram

SASARAN : Remaja berumur 7 - 17 tahun. (Lelaki & Perempuan) seramai *80 orang sahaja.*
YURAN : *Seorang RM 100.00 sahaja. Sekiranya berkumpulan lebih dari 3 orang RM 80.00 setiap seorang !*
ANJURAN : SAFC Training & Consultant

_*Antara objektif kem ialah :*_
1. Memberi pendedahan terbaik kepada para peserta tentang pengisian cuti sekolah ini dengan program yang lebih bermanfaat untuk keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) anak-anak remaja.
2. Memastikan jatidiri peserta sebagai remaja Melayu Islam tidak terhakis dengan ancaman pelbagai 'biah maksiat' di sekeliling mereka.
3. Memberikan bimbingan kepada para peserta bagaimana hendak menjadi Remaja Soleh / Solehah dambaan ibu bapa / penjaga semua.

_*Pengisian Kem :*_
1) Tahsin dan tadarrus Al-Quran surah-surah pilihan.
2) Ceramah Rohani, Kuliyyah, Tazkirah, LDK, Pidato, Forum Remaja Soleh, Drama dll...
3) Qiamullail & Dhuha Perdana.
4) Riadhah Robic, Yoyo Cart, Volley Ball, Futsal & Archery (Memanah As-Sunnah)

_*Pendaftaran Penyertaan :*_
1. Pendaftaran dibuka dari sekarang hingga hari pendaftaran masuk / Ahad  (24.03.2019)
2. Tuliskan *DAFTAR KEMAS 3.0 NAMA PENUH* dan *UMUR* anak anda melalui Whatsapp @ SMS Office 0194814845 / 0125474845 / En Akmal 0132797622 / Cik Nabilah 01114771042 / Ustaz Hj Kamil (Ust. Kay) 0192319872
3. Yuran pendaftaran peserta boleh dibayar secara bank in @ transfer ke akaun CIMB ISLAMIC : *SAFC TRAINING & CONSULTANT 8600732856*

#Sila snap resit pembayaran @ photoshoot bukti pembayaran dan hantarkan kepada kami. Sila bawa resit pembayaran semasa hari pendaftaran masuk kem.

*MOHON SEBARKAN, JIKA ANAK ORANG LAIN JOIN KEM INI KERANA SEBARAN DARI ANDA, SETIAP PERKARA BAIK YG ANAK ITU LAKUKAN DALAM KEM INI SEPERTI SOLAT BERJEMAAH, MEMBACA AL-QURAN, DUDUK DALAM MAJLIS ILMU...PASTINYA ANDA JUGA AKAN DAPAT TEMPIAS SAHAM PAHALANYA, INSYA ALLAH !*


Friday 4 January 2019

RUMAH KONTENA RUMAH KABIN TUBESTAY HOBBIT STAY

SALAM.

MENARIK DI KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC), PELBAGAI JENIS PENGINAPAN DAN AKTIVITI BOLEH DIDAPATI DI SINI. HOMESTAY YG MEMPUNYAI 6 BUAH KATIL QUEEN SIZE, RUMAH CABIN YG FULLY AIRCONDITION, RUMAH YG WARNA WARNI DAN SEBAGAINYA. UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI CIK NABILAH @ EN AKMAL 0194814845 & 0125474845 (OFFICE HOUR)




















Sunday 30 December 2018

FAMILY DAY DI KSCC

Family Day Keluarga Ustaz Abu pada 24 - 25 Disember 2018 di KSCC











KURSUS LADAP DI KSCC

Kursus LADAP SMK Saujana Utama pada 27 Disember 2018 seramai 200 org.